Saturday, May 22, 2010

Tip 51


Melawan ataupun menghindari tekanan tidak mungkin dapat dilakukan. Kita hanya dapat mengawalnya dengan tujuan menjaga keseimbangan hormon, memastikan keutuhan sistem imun dan menormalkan nisbah metabolisme. Melalui pengawalan kortisol, kandungan gula di dalam darah dapat dikawal. Seterusnya, kadar metabolisme yang normal memberikan kesempatan kepada tubuh bagi mencergaskan semula organ-organ utama seperti jantung, buah pinggang, paru-paru, hati dan perut.

Sumber: Dr Mohammad Ali Toha

Friday, May 21, 2010

Tip 50


Dunia Islam dan dunia barat mempunyai pandangan yang berbeza mengenai penyakit. Bagi Islam, penyakit adalah kurniaan yang diberikan Allah kepada hamba yang dicintainya. Nabi berkata, "Allah tidak menimpakan musibah ke atas orang mukmin melainkan kerana salah satu daripada 2 perkara: mungkin dia mempunyai dosa yang tidak dapat diampunkan kecuali dengan cubaan itu. Kedua, dengan ujian itu darjatnya di sisi Allah dinaikkan." Dosa orang yang ikhlas menerima penyakit yang ditimpakan ke atasnya pula digugurkan, selain sikap sabar itu juga mempunyai nilai pahala yang besar.

Sumber: Dr Mohammad Ali Toha

Thursday, May 20, 2010

Tip 49


Semua orang tahu betapa sukarnya menurunkan berat badan Saudara dapat melakukannya dengan mengambil kira lima perkara, iaitu menguruskan tekanan, tidak makan secara berlebihan, memastikan pemakanan seimbang, memanfaatkan makanan kesihatan dengan betul dan selalu menilai program diet saudara.

Sumber: Dr Mohammad Ali Toha

Wednesday, May 19, 2010

Tip 48


Tekanan dapat dikawal dengan bersolat secara hudhur. Apabila kita belum mampu bersolat secara hudhur, maka tekanan dapat juga diuruskan menggunakan terapi aroma. pilihlah pati bunga lavender kerana aromanya dapat merehatkan minda. Sebaik-baiknya, gunakanlah pati bunga lavender selepas solat Isyak. Selain dapat menenangkan fikiran, aroma lavender juga menyebabkan kita mengantuk.

Sumber: Dr Mohammad Ali Toha

Tuesday, May 18, 2010

Tip 47


Petua hidup sihat tampa ubat adalah dengan mendapatkan tidur yang mencukupi sekitar 6.5 jam sehari. Mengikut sunah nabi, elok bagi kita tidur dengan menghadap ke kanan. Selain itu, bersenamlah sebanyak 3 kali seminggu. Setiap senaman perlu dilakukan antara 20 hingga 40 minit. Menghirup udara segar pada wqaktu pagi dapat memperbaiki pernafasan kita. Tekanan pula dapat dikawal dengan berserah diri kepada Allah.

Sumber: Dr Mohammad Ali Toha

Friday, May 14, 2010

Tip 44


Sikap mukmin kepada Tuhannya adalah menyeimbangkan antara perasaan harap dan takut. Mukmin mengharapkan rahmat dan pertolongan Allah. Ini kerana Allah berkata,"Sesungguhnya rahmatku lebih luas daripada segalanya".

Sumber: Dr Mohammad Ali Toha

Thursday, May 13, 2010

Tip 43


Aisyah merekodkan cara tidur nabi yang baik dan menyihatkan adalah tidur cepat dan bangun cepat. Tidurlah selepas Isyak iaitu 2 jam sesudah makan. Kemudian bangunlah bagi bertahajud hingga masuk waktu solat subuh. Selepas solat subuh, kita sebaik-baiknya tidak tidur tetapi berzikir dan membaca Quran hingga matahari terbit. Antara kebaikan amalan ini adalah badan yang segar, jantung yang lebih sihat dan awet muda.

Sumber: Dr Mohammad Ali Toha

Wednesday, May 12, 2010

Tip 42


Kajian mendapati apabila manusia kurang tidur, terdapat risiko keseimbangan hormon kortisol dan serotoninnya terganggu. Paras kortisol dan serotoninnya terganggu. Paras kortisol yang tidak terkawal meninggkatkan risiko kencing manis. Paras serotonin yang tidak setabil pula menjejaskan kestabilan emosi. Kekurangan serotonin menyebabkan kemurungan manakala serotinin yang berlebihan menyebabkan kegembiraan yang tidak terkawal. Ini seterusnya meningkatkan risiko serangan dan sakit jantung.

Sumber: Dr Mohammad Ali Toha

Tuesday, May 11, 2010

Tip 41


Bukhari dan Muslim merekodkan, Nabi berkata, "Setiap muslim yang di timpa kesedihan, Allah menggurkan dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya." Hadis ini mengukuhkan hadis lain yang menyentuh berkenaan ganjaran bagi orang yang sabar apabila ditimpa musibah. Apabila orang yang ditimpa musibah berupa penyakit menerimanya dengan sabar, Allah membalasnya dengan kasih sayang iaitu dosa-dosa si pesakit digugurkan.

Sumber: Dr Mohammad Ali Toha

Monday, May 10, 2010

Tip 40



Al-Hakim merekodkan, Nabi berkata, "Sesiapa yang melawat orang sakit, bererti dia duduk di taman-taman syurga. Apabila dia berdiri, ditugaskan 70,000 malaikat mendoakannya hingga waktu malam." Demikianlah ganjaran yang Allah berikan kepada mereka yang melawat orang sakit dan memberikan semangat kepada pesakit itu. Dengan demikian, pesakit itu tidak berasa sedih dan berusaha mengubati dirinya. Kita juga diperintahkan supaya mengingatkan si pesakit itu mengenai 3 perkara iaitu sabar, ikhlas dan syukur. Ini supaya Allah memudahkan penyembuhanya.

Sumber: Dr Mohammad Ali Toha

Thursday, May 6, 2010

Tip 39


Perubatan nabi berdasarkan 3 falsafah. Setiap penyakit ada ubatnya, orang yang sakit wajib mengubati penyakitnya dan kewujudan pengamal perubatan sebagai fardhu kifayah. Pada masa yang sama, kita perlu memantapkan kefahaman kita mengenai asas-asas perubatan Islami. Kita menyakinkan diri yang tiada kuasa dapat menyembuhkan penyakit melainkan Allah di samping memastikan kecukupan makanan dan keseimbangan komposisi nutrienya.

Sumber: Dr Mohammad Ali Toha

Wednesday, May 5, 2010

Tip 38


Sebelum kegemukan dapat diatasi, kita mesti menimbang perilaku dan keperibadian pesakit sama ada dia tergolong dalam kategori:
1. Jenis A - Cenderung kompulsif iaitu cenderung meredakan keresahan dengan makan secara berlebihan.
2. Jenis B - Cenderung depresif iaitu cenderung meredakan keresahan dengan mengurung diri
3. Jenis C - Sederhana
Bagi menangani kegemukan, pendekatan psikologi juga perlu digunakan. Kegemukan yang tidak ditangani daripada awal dapat menyebabkan pelbagai penyakit seperti darah tinggi, sakit jantung, tahap kolesterol yang tinggi, dan kencing manis jenis dua atau kencing manis yang tidak bergantung pada insulin.

Sumber: Dr Mohammad Ali Toha

Tuesday, May 4, 2010

Tip 37


Allah berkata,"Janganlah kamu berasa rendah diri dan jangan pula kamu berasa sedih. Sesungguhnya kedudukan kamu tinggi di depanku apabila kamu menjadi mukmin." Ayat ini memberikan semangat kepada mukmin. Ini kerana seberat mana pun ujian yang menimpa ia begitu kecil apabila dibandingkan dengan kedudukan tinggi yang ditawarkan Allah. Jiwa yang diresapi pengharapan menggerakkan semangat. Semangat pula mewujudkan keghairan hidup dan menyihatkan badan. Ini kerana gelora emosi dapat diseimbangkan hingga semangat hidup terpelihara.

Sumber: Dr Mohammad Ali Toha

Monday, May 3, 2010

Tip 36


Tidur adalah proses fisiologi yang penting. Ini kerana semasa manusia tidur, organ-organ dicergaskan semula (revitalized). Kajian mendapati apabila kita lambat tidur, pencergasan semula organ terganggu. Ini kerana pencergasan semula berlaku pada waktu tidur. Tidur yang panjang pula dapat memekatkan darah. Ini menambahkan risiko serangan jantung atau angin ahmar. Tidur yang menyihatkan adalah dua jam sesudah makan malam dan bangun antara jam tiga hingga empat pagi Ini kerana serangan jantung dan agin ahmar sering berlaku antara jam tiga hingga enam pagi.

Sumber: Dr Mohammad Ali Toha