Sunday, June 12, 2011

Benarkah kambing punca masalah kolestrol





Benarkah kambing punca masalah kolestrol ?



Kambing merupakan haiwan yang amat istimewa tetapi seringkali di lebelkan dengan masalah kesihatan manusia terutama masalah darah tinggi atau kardivaskular. Adakah benar daging kambing ini punca kepada masalah kesihatan. Mari kita selusuri dan kaji adakah benar dakwaan kambing merupakan punca masalah kolestrol atau kardivaskular.

Kambing di sebut dalam quran dan hadith


Secara peribadi saya merasakan kambing merupakan haiwan yang istimewa kerana banyak ayat yang mengkisahkan haiwan ini dalam quran dan hadis.

"(Binatang ternak itu) delapan ekor - (empat) pasangan; dari kambing biri-biri dua ekor (sepasang jantan betina), dan dari kambing biasa dua ekor (sepasang jantan betina)... Surah Al-An am Ayat 143.


Sebagai seorang Muslim secara asasnya apa yang terkandung di dalam quran dan hadis merupakan makanan yang baik lagi suci.

Lagi pun kambing merupakan salah satu makanan sunnah kerana Nabi minum susu kambing dan makan daging kambing.

Menabah keyakinan saya bahawasanya daging kambing dan susu kambing amat berkhasiat lagi diberkati.

Kehidupan kambing

Kambing dikatakan haiwan yang cerdik dan amat teliti tentang memilih makanan. Hanya tumbuhan dan rumput yang baik sahaja yang dipilih sebagai diet pemakannaya, tidak seperti lembu yang sapu saja apa yang ada di depan mata. Pernahkah anda melihat cara kambing makan, kambing amat teliti dalam merasa makanan dengan mengunyah sebelum menelan.

Selain itu pernahkah kita mendengar penyakit kambing gila, tidak pernah bukan. Cuma yang kita selalu dengar ialah penyakit lembu gila. Maksudnya disini kambing punya daya tahan dari serangan penyakit lebih baik dari haiwan yang lain.


Daging Kambing



Walaupun rasa daging kambing dikatakan sedikit hanyir, tetapi ianya dipengaruhi umur kambing dan cara memasak. Menurut kajian daging kambing mengandugi lemak lebih kurang sama dengan daging lembu dan ayam. Hasil kajian USDA daging kambing mentah memiliki kandungan lemak 50 ke 65 peratus lebih rendah dibandingkan dengan daging lembu, tetapi mempunyai kandungan protein yang hampir sama. Kajian juga mendapati bagi daging yang sudah masak kandugan lemak tepu daging kambing 40 peratus lebih rendah jika dibandingkan dengan daging ayam (tampa kulit).

Disamping itu, daging kambing mengandung lebih banyak zat besi, potassium, dan tiamin yang berhubungan dengan kandungan garam yang lebih rendah. Juga mengandugi asid amino dan lebih rendah kalori.

Secara keseluruhan kajian diatas mendapati daging kambing tergolong dalam bahan makanan yang sihat untuk dimakan asalkan tidak di ambil secara berlebihan.

Susu kambing



Susu kambing memang memiliki ciri yang berbeza dengan susu lembu mahupun susu ibu. Susu kambing memiliki daya cerna yang tinggi, memiliki tingkat keasidan yang khas dikatakan mampu mengubati penyakit tertentu.

Malah susu kambing juga di sarankan sebagai pengganti bagi bayi dan orang dewasa yang alah terhadap susu lembu. Dilaporkan sekitar 40 peratus pesakit yang alah dengan susu lembu boleh menerima baik terhadap susu kambing sebagai gantian.

Hasil penelitian Mack pada tahun 1953 mendapati anak-anak yang di beri susu kambing memiliki badan, kerangka, kepadatan tulang, vitamin A plasma darah, kalsium yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan kelompok anak yang diberi susu lembu.

Rumusan

Berdasarkan fakta yang tidak sepertinya di atas boleh disimpulkan sesungguhnya kambing bukan punca kepada masalah kardivaskular. Malah dari segi kesihatan daging kambing dan susu kambing menunjukkan ianya memiliki banyak khasiat malah mampu menjadi pengganti bagi susu dan daging lembu yang baik.

Punca kepada masalah kardivaskular bukan berpunca dari kambing malah secara saintifik ianya berkait rapat dengan gaya hidup dan diet pemakanan.

Oleh itu mari kita mulakan hidup sihat dengan melakukan senaman, mengambil diet yang seimbang disamping melakukan terapi secara ilahiyah dan alamiah, mudah-mudahan kita lebih sihat lagi cergas.

Sumber gambar:
http://www.flickr.com/photos/sheamrow/3102341139
http://www.flickr.com/photos/adactio/5593163292
http://www.flickr.com/photos/mowiekay/4118345760

Iklan dari penaja

Radix goat HPA keluaran pengusaha Muslim~maklumat lanjut klik pautan ini