Wednesday, July 20, 2011

Kelebihan Kurma sebagai diet yang berkhasiat

Kelebihan Kurma sebagai diet yang berkhasiat

Pengenalan

Kurma merupakan salah satu makanan ruji masyarakat timur tengah. Kurma juga merupakan antara makanan sunnah. Ianya boleh disajikan dengan berbagai cara sama ada mentah atau pun di masak. Antara kurma yang terkenal ialah kurma mekkah dan madinah. Menjelang Ramadhan pasti kurma menjadi santapan utama sebelum berbuka puasa bagi masyarakat Malaysia.

Kelebihan kurma menurut Al-Quran dan Hadis

Sumber Al-Quran

"Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak." Surah Maryam ayat 25

Dalam Surah Al-Mukaninah ayat 19:-

" Kemudian kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Di sana kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya kamu makan "

Sumber Hadith

"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu". diriwayatkan oleh Imam Bukhari


"Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma sewaktu hamilnya, nescahaya anak yang akan lahir kelak, akan menjadi anak yang yang penyabar, bersopan santun secrta cerdas. Sesungguhnya makanan siti Maryam (a.s) ketika melahirkan Nabi Isa a.s. adalah buah kurma. Sekiranya Allah swt. ada menjadikan suatu buah yang lebih baik daripada buah kurma nescahaya Allah telah memberikan makan kepada Siti Maryam a.s " Hadith Sahih Bukhari

Diriwayatkan pula oleh Amirulmukminin Ali bin Abi Talib:

" Barang siapa yang memakan kurma Ajwa tujuh kali sebelum tidur, ia akan menghapuskan penyakit atau keracunan (Al-Dud ) di dalam tubuhnya "

Khasiat buah kurma

Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah saw kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 peratus, serat 2.0 hingga 4.0 peratus manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.

Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atau tarawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab selesai makan, mata pun mengantuk.

Kita makan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi serat. Amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi pada peringkat khalal atau rotab dan menurun sedikit pada peringkat tamar. Selain itu ia mengandungi zat galian dan yang paling banyak dikenali sebagai potasium. Potasium diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf kerana kurma adalah sumber mujarab. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi potasium tetapi jumlahnya sedikit.

Ramai beranggapan hanya kismis yang baik untuk menguatkan ingatan, sebenarnya kurma juga setanding. Mungkin atas alasan pihak-pihak tertentu atau negara pengeluar anggur telah menjalankan kempen makan kismis dan mempopularkan khasiatnya.

Diriwayat oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat. “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”

Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolesterol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi. Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh. Direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

Melalui petua tertentu, kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau batin. Jus buah kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya di negara pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya. Kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.

Kurma sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga niasin.Ia lazimnya dimakan semasa bulan Ramadhan dan mempunyai khasiat serta nilai yang tinggi dalam dunia perubatan tradisional.

Dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus yang kronik, dimana ketidakserasian dengan gluten, menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna.

Kurma mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten dalam usus kecil. Tindakbalas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan.

Selain daripada gangguan usus, jus kurma berkesan untuk mengatasi masalah sembelit. Bagaimanapun minuman ini tidak sesuai di amalkan oleh mereka yang mengidap penyakit diabetis, kerana ia boleh mendatangkan kesan yang lebih serius.

Jus kurma juga merupakan penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia. Bagi mereka yang mengalami masalah batuk jus kurma sesuai untuk diamalkan kerana kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong sekaligus menghentikan batuk.

Kurma dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang banyak kerana telah terbukti, di dalam Al-Quran terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma.
Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil dan selepas bersalin. Hal ini berasaskan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.

KAJIAN DAN PENEMUAN SAINS PERUBATAN

Berdasarkan pada ayat-ayat Al-Quran dan hadith Rasul, para saintis giat mengkaji mengenai khasiat kurma. Mengikut kajian Dr.Mahmud Nazim Al-Nasimy dalam buku Tempoh mengandung dari segi perubatan, fiqhiyah dan perundangan, hasil kajiannya menunjukkan jus kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuhkan lagi urat-urat rahim pada bulan-bulan terakhir kehamilan dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi. Jus kurma juga dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.

Kajian Profesor Madya Aisyah Mohd Zain Pensyarah Fakulti Sains dan Bioteknologi Universiti Putra Malaysia,menunjukkan bahawa jus kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar, merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan. Disamping menambahkan tenaga seksual,kurma juga boleh digunakan sebagai pencuci mulut.

Mengikut hasil kajian Ahli Sains Mesir telah terbukti khasiat kurma dalam membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan serta mencergaskan minda dan membantu tumbesaran kanak-kanak. Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah dan menghindari dari penyakit barah, merawat buah pinggang dan mencuci hati, dan membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran.

Tidak sahaja buah kurma, umbut dari pokok kurma juga boleh dijadikan makanan dan ia juga mempunyai khasiat yang tersendiri.

Pengeluar kurma dunia ialah Arab Saudi, Iraq, Iran, Mesir, Tunisia dan Algeria
Kandungan Kurma Kering %
Gula Lebih 50
Protein Lebih 2
Lemak Lebih 2
Sumber Mineral Lebih 2
Sumber: Encyclopaedia Britannica CD99.

Kurma Mencegah Serangan Stroke

Kandungan kalorinya yang tinggi dan mudah dicerna oleh tubuh memang sesuai kalau digunakan saat berbuka puasa. Namun, ada khasiat yang lebih istimewa: kurma boleh menurunkan risiko serangan stroke berkat tingginya kalium yang dikandungnya. Buah-buahan dikenal sebagai sumber utama vitamin, terutama vitamin C dan mineral. Sudah begitu, kandungan energi atau kalorinya pun rendah, sebab lemak yang dikandungnya juga rendah. Namun, ada pengecualian, misalnya kurma. Kandungan lemak pada kurma juga boleh diabaikan. Namun, karbohidratnya yang tinggi membuat buah ini dapat menyediakan energi yang tinggi pula. Malah paling tinggi diantara keluarga besar buah-buahan. Keunggulan lainnya, kurma mengandungi zat gizi penting bagi fungsi tubuh, terutama jantung dan pembuluh darah, yaitu kalium. Fungsi mineral ini membuat denyut jantung makin teratur, mengaktifkan kontraksi otot, serta membantu mengatur tekanan darah. Itulah sebabnya kurma menjadi istimewa. Apalagi, beberapa penelitian membuktikan, makanan tinggi kalium ini dapat menurunkan risiko serangan stroke.

Cukup Lima Butir Sehari..!

Dari penelitian terhadap pola makanan yang dilakukan terhadap 859 orang lelaki dan wanita berusia di atas 50 tahun di California Utara, AS, diketahui, perbezaan kecil konsentrasi kalium pada pola makanan dapat memprediksi mereka yang dijangkakan berpeluang meninggal akibat stroke 12 tahun kemudian. Tak ada seorang pun yang sukatan kaliumnya paling tinggi (lebih dari 3.500 mg setiap hari) meninggal akibat stroke. Sebaliknya, orang yang secara teratur engonsumsi kalium paling rendah (kurang dari 1.950 mg setiap hari) mempunyai risiko stroke fatal jauh lebih tinggi dibandingkan dengan yang lain. Di antara mereka yang konsumsi kaliumnya paling Rendah, harapan meninggal akibat stroke 2,6 kali pada lelaki dan 4,8 kali pada wanita. Makin banyak makanan kaya kalium yang dikonsumsi biasanya makin kecil kemungkinan orang menderita stroke. Para penyelidik merumuskan dengan hanya makan satu jenis ekstra makanan kaya kalium (minimal 400 mg setiap hari) risiko fatal boleh diturunkan sampai 40%. Tahap 400 mg kalium itu mudah sekali Anda penuhi dengan makan kurma kering sekitar 65 g saja, atau setara dengan lima butir kurma. Makanan tinggi kalium, menurut Dr. Louis Tobian, Jr., pakar penyakit darah tinggi dari Minnesota University AS, juga dapat membantu menurunkan tekanan darah serta boleh memberi kekuatan tambahan dalam mencegah stroke secara langsung, sebagaimana kondisi tekanan darah seseorang. Untuk membuktikan hal itu, Dr. Tobian melakukan eksperimen pada dua kelompok tikus yang terkena hipertensi. Satu kelompok tikus diberi diet tinggi kalium dan kelompok lain diet kalium normal. Hasilnya amat luar biasa. Diantara kelompok tikus yang mendapat kandungan kalium tinggi, tak satu pun mengalami perdarahan otak. Sementara 40% pada kelompok tikus yang mendapat kalium normal menderita stroke ringan yang dibuktikan dengan adanya perdarahan otak.

Dari hasil penelitian itu, Dr Tobian membuat kesimpulan, konsumsi ekstra kalium dapat menjaga dinding arteri tetap elastik dan berfungsi normal. Keadaan ini membuat pembuluh darah tidak mudah rusak akibat tekanan darah. Jadi jelas, kurma yang secara tradisional disajikan sebagai salah satu hidangan untuk berbuka puasa di Bulan Ramadhan, bukan makanan pembuka yang biasa. Diam-diam ia menyimpan senjata potensial antistroke dan antiserangan jantung. Meskipun demikian, untuk memastikan nampak positif kurma, agaknya masih perlu dibuktikan lebih lanjut melalui penelitian.

Memiliki Aktiviti Seperti Aspirin/Pill Killer

Selain kalium yang berguna bagi kesehatan jantung dan pembuluh darah, kurma juga mengandung salisilat. Zat ini, dikenal sebagai bahan baku aspirin, Ubat pengurang atau penghilang rasa sakit dan demam. Salisilat bersifat mencegah pembukan darah, antiinflamasi, dan melenyapkan rasa ngeri/ngilu. Kecuali itu, menurut Nurfi Afriansyah, staf penyelidik KIE Gizi Puslitbang Gizi Bogor, salisilat juga boleh mempengaruhi prostate gland (kelompok asam lemak hidroksida yang merangsang kontraksi otot , menurunkan tekanan darah). Sementara itu, Jean Carper dalam bukunya Food,Your Miracle Medicine menyatakan kurma mempunyai aktiviti seperti aspirin. Kurma kering , katanya, sangat tinggi kandungan salisilat alias aspirin alaminya. Buah ceri, prune dan kismis kering juga kaya dgn kalium kerana ia juga mengandung salisilat.

Orang yang peka dengan aspirin, kalau menyantap makanan mengandung salisilat, akan bereaksi sama dengan orang yg minum aspirin. Karena itu, pakar kesihatan yang mendalami alergi biasanya akan mewarwarkan mereka yang peka terhadap aspirin supaya menjauhi makanan mengandung salisilat, termasuk kurma.

Di pihak lain , para pakar tergugah rasa ingin tahu terhadap perkembangan bahwa salisilat pada makanan boleh memberikan prestasi yang sama dengan minum aspirin. Memang, ada kaijan yang membuktikan, aspirin regular dose rendah (kurang atau separuh dose yang biasa diminum per hari) sanggup membantu mencegah serangan jantung atau stroke.

Berdasarkan hal itu, para pakar mengharapkan, dose rendah salisilat dalam makanan yang dikonsumsi boleh juga meredakan sakit kepala.

Komposisi Gizi

Buah kurma boleh dimakan secara langsung, dalam keadaan kering atau segar. Disamping itu, juga boleh dimanfaatkan untuk berbagai hidangan seperti aneka
produk roti, permen, ais krim, selada dan sirap.

Di negera Arab kurma mendapat tempat yang cukup baik di dalam masyarakat. Buah berbentuk silinder dengan biji beralur tunggal ini biasanya dikonsumsi bersama hasil olahan susu.

Nilai gizi utama yang diandaikan memang kandungan karbohidrat sederhananya, alias gulanya, yang tinggi. Kandungan karbohidratnya berkisar dari sekitar 60% pada kurma lembek (yang diambil sewaktu masih lembek dan mentah) hingga sekitar 70% pada kurma kering (yang mengering di pohon, terjemur matahari)

Kebanyakan varietas kurma mengandungi gula glukosa (jenis gula yang ada dalam darah) atau fruktosa (jenis gula yang terdapat dalam sebagian besar buah-buahan). Namun, satu varietasnya yang bernama Deglet Noor yang tumbuh di California hanya mengandungi gula sukrosa (dikenal juga sebagai gula pasir).

Menurut Dr. Anwar El Mufti dari Mesir, seperti dikutip harian "Buana Minggu", kurma mengandung zat gula 70%. Sebagian besar zat gula yang terdapat di dalamnya sudah diolah secara alami dan tidak berbahaya bagi kesihatan. Seperti halnya gula pada buah-buahan yang dinamai fruktosa, zat ini mudah dicerna dan mudah dibakar oleh tubuh. Dengan demikian akan menghasilkan tenaga yang tinggi, tanpa menyusahkan tubuh untuk mengolah, mencerna, dan menjadikannya sebagai gizi yang baik. Itu sebabnya mengapa kurma dianggap sebagai buah yang ideal untuk hidangan berbuka puasa ataupun sahur.

Segelas air yang mengandung glukosa, menurut Dr. David Conning, Pengarah Am British Nutrition Foundation, seperti dikutip Panasea, akan diserap tubuh dalam 20-30 menit, tetapi gula yang terkandung dalam kurma baru habis terserap dalam tempo 45-60 menit. Makanya, orang yang makan cukup banyak kurma pada waktu sahur akan menjadi segar dan tahan lapar, sebab bahan ini juga kaya dengan serat.

Keunggulan kurma lainnya mengandung berbagai vitamin penting, seperti vitamin A, tiamin, dan riboflavin dalam jumlah yang bisa diandalkan, serta niasin dan kalium dalam jumlah yang sangat andal. Selain itu, buah ini ternyata juga memuat berbagai zat gizi lain seperti zat besi, vitaminB, asam nikotinat serta serat (bukan zat gizi) dalam jumlah memadai.

Dalam setiap 100 g kurma kering terkandung vitamin A 50 IU, tiamin 0,09 mg, riboflavin 0,10 mg, niasin 2,20 mg, serta kalium 666 mg. Zat-zat gizi itu berfungsi membantu melepaskan energi, menjaga kulit dan saraf agar tetap sehat serta penting untuk fungsi jantung.

Riboflavin dan niasin. Misalnya, akan membantu melepaskan energi dari makanan, sementara tiamin membantu melepaskan energi dari karbohidrat. Vitamin A dan niasin memainkan peranan dalam membentuk dan memelihara kulit yang sehat. Tiamin penting bagi sel-sel saraf, sementara niasin menjaga fungsi normal saraf.

Kurma juga mengandung banyak mineral penting , seperti magnesium, potasium dan kalsium. Mineral-mineral itu sangat diperlukan oleh tubuh. Serat yang terdapat dalam kurma berfungsi melunakkan usus dan mengaktifkannya, yang secara mempermudah buang air besar. Dalam kurma juga terdapat semacam hormon (potuchsin) yang boleh menciutkan pembuluh darah dalam rahim, sehingga boleh mencegah perdarahan rahim.

Iklan dari penaja

Produk berasaskan kurma HPA ~ Syarikat bumiputera Muslim

Sunday, June 12, 2011

Benarkah kambing punca masalah kolestrol





Benarkah kambing punca masalah kolestrol ?



Kambing merupakan haiwan yang amat istimewa tetapi seringkali di lebelkan dengan masalah kesihatan manusia terutama masalah darah tinggi atau kardivaskular. Adakah benar daging kambing ini punca kepada masalah kesihatan. Mari kita selusuri dan kaji adakah benar dakwaan kambing merupakan punca masalah kolestrol atau kardivaskular.

Kambing di sebut dalam quran dan hadith


Secara peribadi saya merasakan kambing merupakan haiwan yang istimewa kerana banyak ayat yang mengkisahkan haiwan ini dalam quran dan hadis.

"(Binatang ternak itu) delapan ekor - (empat) pasangan; dari kambing biri-biri dua ekor (sepasang jantan betina), dan dari kambing biasa dua ekor (sepasang jantan betina)... Surah Al-An am Ayat 143.


Sebagai seorang Muslim secara asasnya apa yang terkandung di dalam quran dan hadis merupakan makanan yang baik lagi suci.

Lagi pun kambing merupakan salah satu makanan sunnah kerana Nabi minum susu kambing dan makan daging kambing.

Menabah keyakinan saya bahawasanya daging kambing dan susu kambing amat berkhasiat lagi diberkati.

Kehidupan kambing

Kambing dikatakan haiwan yang cerdik dan amat teliti tentang memilih makanan. Hanya tumbuhan dan rumput yang baik sahaja yang dipilih sebagai diet pemakannaya, tidak seperti lembu yang sapu saja apa yang ada di depan mata. Pernahkah anda melihat cara kambing makan, kambing amat teliti dalam merasa makanan dengan mengunyah sebelum menelan.

Selain itu pernahkah kita mendengar penyakit kambing gila, tidak pernah bukan. Cuma yang kita selalu dengar ialah penyakit lembu gila. Maksudnya disini kambing punya daya tahan dari serangan penyakit lebih baik dari haiwan yang lain.


Daging Kambing



Walaupun rasa daging kambing dikatakan sedikit hanyir, tetapi ianya dipengaruhi umur kambing dan cara memasak. Menurut kajian daging kambing mengandugi lemak lebih kurang sama dengan daging lembu dan ayam. Hasil kajian USDA daging kambing mentah memiliki kandungan lemak 50 ke 65 peratus lebih rendah dibandingkan dengan daging lembu, tetapi mempunyai kandungan protein yang hampir sama. Kajian juga mendapati bagi daging yang sudah masak kandugan lemak tepu daging kambing 40 peratus lebih rendah jika dibandingkan dengan daging ayam (tampa kulit).

Disamping itu, daging kambing mengandung lebih banyak zat besi, potassium, dan tiamin yang berhubungan dengan kandungan garam yang lebih rendah. Juga mengandugi asid amino dan lebih rendah kalori.

Secara keseluruhan kajian diatas mendapati daging kambing tergolong dalam bahan makanan yang sihat untuk dimakan asalkan tidak di ambil secara berlebihan.

Susu kambing



Susu kambing memang memiliki ciri yang berbeza dengan susu lembu mahupun susu ibu. Susu kambing memiliki daya cerna yang tinggi, memiliki tingkat keasidan yang khas dikatakan mampu mengubati penyakit tertentu.

Malah susu kambing juga di sarankan sebagai pengganti bagi bayi dan orang dewasa yang alah terhadap susu lembu. Dilaporkan sekitar 40 peratus pesakit yang alah dengan susu lembu boleh menerima baik terhadap susu kambing sebagai gantian.

Hasil penelitian Mack pada tahun 1953 mendapati anak-anak yang di beri susu kambing memiliki badan, kerangka, kepadatan tulang, vitamin A plasma darah, kalsium yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan kelompok anak yang diberi susu lembu.

Rumusan

Berdasarkan fakta yang tidak sepertinya di atas boleh disimpulkan sesungguhnya kambing bukan punca kepada masalah kardivaskular. Malah dari segi kesihatan daging kambing dan susu kambing menunjukkan ianya memiliki banyak khasiat malah mampu menjadi pengganti bagi susu dan daging lembu yang baik.

Punca kepada masalah kardivaskular bukan berpunca dari kambing malah secara saintifik ianya berkait rapat dengan gaya hidup dan diet pemakanan.

Oleh itu mari kita mulakan hidup sihat dengan melakukan senaman, mengambil diet yang seimbang disamping melakukan terapi secara ilahiyah dan alamiah, mudah-mudahan kita lebih sihat lagi cergas.

Sumber gambar:
http://www.flickr.com/photos/sheamrow/3102341139
http://www.flickr.com/photos/adactio/5593163292
http://www.flickr.com/photos/mowiekay/4118345760

Iklan dari penaja

Radix goat HPA keluaran pengusaha Muslim~maklumat lanjut klik pautan ini

Thursday, May 12, 2011

Senggugut satu fobia yang patut di hindari






Senggugut satu fobia yang patut di hindari



Gejala kejang semasa kedatangan haid atau senggugut bagi kebanyakan wanita masa kini menjadi kebiasaan sehinggakan 7 dari 10 orang wanita pasti akan menglami gejala ini semasa kedatangan haid.

Menjadi kebiasaan sekiranya berlaku senggugut tindakan segera ialah dengan menelan pil melegakan kesakitan dengan memakan ubatan kimia buatan. Boleh dikatakan setelah mengabil ubatan ini kesakitan akan hilang dengan kadar segera dan boleh melakukan kerja-kerja seperti biasa. Sedarkah anda kesakitan sebenar masih menghantui dan mungkin akan membawa masalah lain mungkin lebih mengancam kesihatan keseluruhanya. Ubatan segera ini merupakan pelega kesakitan yang segera dan sementara sedangkan masalah yang utama atau punca kesakitan tadi tidak diatasi.

Apakah yang menjadi punca segala kesakitan sehinggakan keluhan sang ibu;
Anak perempuan saya baharu sahaja datang bulan dan mengadu kasakitan dan senggugut dan merayau agar cari jalan bagaimana mengatasi masalah ini.

Antara punca kenapa anak muda kini sering mengalami masalah senggugut berbanding remaja waktu lampau ialah makanan. Faktor makanan yang mangandungi bahan pengawet dan hilang khasiat asli atau sudah tidak alami. Sering mengambil makanan ringan terutama makanan segera, jeruk dan makanan mangandugi MSG yang tinggi.

Faktor tabiat pemakanan yang tidak teratur dan kadang menahan diri dari makan sama ada sibuk dengan tugasan harian atau takut berat badan meningkat.

Kehidupan moden menyebabkan kita tidak boleh lari dari kesan kemodenan, dari segi makan dan pemakanan harian mengandugi tahap toksiditi yang tinggi sekaligus mengundang keasidan yang tinggi dalam badan sekaligus memudahkan pelbagai penyakit menyerang sistem tubuh manusia.

Untuk mengatasi masalah ini disarankan dalam mengabil makanan moden harus juga sekung-kurangnya kita menurunkan paras keasidan dalam badan dengan mengambil sedikit kandungan makanan organik ataupun mengabil makanan yang mengandugi kandungan alkali agar dapat menyeimbang kandungan asid dalam badan.



Sekiranya paras asid dalam badan berda pada tahap normal disarankan mengambil minyak organik, "Evening Primrose Oil", sejenis bunga liar berwarna kuning diperah bijinya yang mengandungi sejenis asid lemak (GLA) dikatakan mampu mengawal atur kitaran haid, melegakan sindrom sebelum haid (PMS), mengurangkan simptom putus haid, baik untuk kulit agar awet muda.





Kelebihan EPO Hpa sila klik disini.



Tuesday, March 15, 2011

Testimoni Berkaitan Masalah Buah Pinggang


Testimoni dari Sarawak.

Tahniah kepada En Abu Seman dan Pn Dahlia (peserta sijil Herbalis ke 17) yang telah membuka pusat rawatannya di MJC,Bandar Baru MJC,Batu Kawa,Kucing Sarawak. Beliau mempunyai pegalaman yang luas di Pusat Hemodilisis dan mempunyai kelayakan bagi menguruskannya. Mudah-mudahan disuatu hari nanti HPA juga mempunyai pusat hemodilisis sendiri .InsyaAllah.

Dari pengalaman beliau yang mengendalikan pesakit buah pinggang mendapati bahawa malac dan madu sangat membantu pesakit yang menjalani proses cuci darah. Malac (2x 2) diberikan bersama madu asli HPA. Kesannya yang boleh dilihat tempoh cuci darah tidaklah sekerap kebiasannya.

Menceritakan pengalaman beliau sebagai ahli terapi herba ,ketumbuhan di ovary juga sangat berkesan dengan pengambilan Shark cartilage(5x3),kopi radix (1x 2) dan roselle (1x 2). Walaupun dos kopi dan roselle itu kecil tetapi ia sangat berguna untuk mempercepatkan kesembuhan tersebut. Semoga Allah menjadikan beliau sebagai ahli herba yang mahir.InsyaAllah.

MALAC DAN TEH HERBA.

Testimony kedua dalam KPJ kuantan pula ialah menggunakan dua herba diatas dimana malac dibuka 3 kapsul dalam secawan teh herba dan digoncangkan 300 kali.Ini dapat dilihat dari kesan segeranya bagi memecahkan batu karang dalam buah pinggang.

Pesakit akan rasa ingin ketandas sesudah diberikan herba ini dan batu karang akan keluar atau pecah.Sinergi dua herba ini juga sangat baik untuk kesan diuretic dan goncangan 300 kali merupakan kaedah bagi menjadikan herba lebih berpotensi.

Sumber: jawimedherb.blogspot.com

Produk-produk di atas boleh didapati:

  1. Di semua cawangan HPA atau Halalmart HPA di seluruh Malaysia termasuk, Brunei dan Indonesia.
  2. Atau boleh tempah secara online melalui saya di talian 0146828329.
  3. Atau boleh minta rangkaian kami hantar secara tunai klik pautan ini.

Friday, January 14, 2011

Herba Pegaga








Pokok Pegaga atau juga dikenali sebagai pokok antanan (bahasa Inggeris: pennywort) adalah sejenis pokok ulam yang terdapat Malaysia serta di negara-negara ASEAN. Nama botaninya Centella asiatica.

Terdapat pelbagai jenis pegaga di Malaysia seperti:

1. Pegaga cina atau pegaga nyonya yang berdaun kecil,
2. Pokok Pegaga Daun Lebar,
3. Pegaga Embun - Hydrocotyle sibthorpiodes
4. Pokok Pegaga Kelantan,
5. Pokok Pegaga Renek
6. Pokok Pegaga Salad
7. Pokok Pegaga Gajah
8. Pokok Pegaga Brunei

Pegaga tumbuh di kawasan tropika yang terbuka dan tumbuh melata di padang rumput, kebun, ladang, tepi jalan dan sebagainya. Di Indonesia, jenis-jenis pegaga yang ada adalah daun kaki kuda, tikusan, pani gowang, pegagan.



Khasiat

Pegaga kaya dengan pelbagai zat makanan seperti protein, gentian, zat besi, vitamin A dan C. Amalan memakan daun pegaga dipercayai boleh mengekalkan awet muda serta mengelakkan masalah kegemukan.

Pegaga banyak terjual di pasar terutamanya di pasar tani dan sering dimakan sebagai ulam. Daun pegaga juga boleh dibuat tonik untuk menyihatkan badan dan mengurangkan panas badan.

Di India, pegaga diguna dalam perubatan tradisional sebagai tonik yang dapat menguatkan daya ingatan dan mengubat penyakit nyanyuk. Dalam perubatan tradisional Cina, pegaga digunakan untuk antaranya untuk mengubati selsema, sakit kuning dan penawar untuk keracunan cendawan dan gigitan ular.[1]

Antara khasiat lain pegaga adalah:

* penawar alahan
* anti kanser
* melawaskan air kencing
* penawar batu karang
* penawar kencing berdarah
* penawar ulser
* merangsang peredaran darah
* merawat cirit birit
* menurunkan tekanan darah

Sumber: wikipedia



Ulasan saya, maha suci Allah telah menumbuhkan tumbuhan pegaga yang berkhasiat ini di bumi bertuah Malaysia, kerana tumbuhan ini amat mudah di jumpa di kawasan sekitar rumah kita mahupun di pasar-pasar kita.

Bersyukur juga kita kerana tumbuhan pegaga ini merupakan salah satu tumbuhan yang di pattern kan oleh kita, alhamdulillah.

Sesungguhnya tumbuhan pegaga ini amat banyak sekali khasiatnya jika di teliti dari sumber wiki di atas, malah para herbalis sependapat bahawasanya pegaga ini punya khasiat perubatan yang tinggi malah di galakkan umum menggunakan bagi tujuan kesihatan.

Disamping menggunakan tubuhan pegaga ini secara alami malah sekarang ini banyak terdapat produk yang di hasilkan dari tumbuhan ini antaranya Minuman herba atau Teh Herba.

Saturday, January 1, 2011

Happy holiday


Selamat bercuti buat teman-teman moga tahun yang mendatang membawa banyak manfaat dan faedah. Mari kita merancang program kesihatan agar menjadi pesona yang mencorakkan kehidupan yang lebih sihat.

Wednesday, December 1, 2010

Penapis Air Dew




KEISTIMEWAAN PENAPIS AIR DEW

Katrij Dew bebas dari unsur-unsur penggunaan tulang haiwan, hanya menggunakan tempurung kelapa sebagai bahan gantian tulang haiwan.

Formula kandungan setiap katrij di dalam berbeza dan tiada syarikat lain yang boleh menciplak sukatan dan ukuran bahan tersebut dalam katrij. Kajian hampir 7 tahun untuk menghasilkan penapis air Dew yang berkualiti.

Sesetengah penapis air di pasaran, tempoh hayat gantian katrij dalam 1 tahun mencapai sehingga RM300.00 hingga RM400.00 setahun dan melibatkan 2 atau 3 katrij dalam setahun, sedangkan Penapis Air Dew hanya memerlukan belanja RM98.00 untuk tempoh 1 tahun pertama. Harga katrij yang murah dan mampu dimiliki.

PH air yang hampir menyamai air Zam Zam.

Boleh membantu menyelesaikan pelbagai penyakit seperti sakit-sakit sendi, sel kanser, darah tinggi, kencing manis, batu karang, gout, membantu meneutralkan asid dalam badan dan sebagainya.

Penyelenggaraan yang mudah dan murah kerana tidak menggunakan elektrik. Penapis Dew telah melalui ujian makmal Sirim.

Air Dew boleh diminum tanpa was-was dan boleh digunakan sebagai air penawar untuk tujuan perubatan.

KAJIAN MAJLIS AIR ANTARABANGSA

Kajian para saintis menyatakan pelbagai penyakit berpunca dari sel tubuh yang berasid dan ia terbentuk dari pemakanan seharian kita.

Mineral berakali yang terdapat didalam air minuman boleh membantu meneutralkan sisa buangan berasid sebagai pencegahan terhadap pelbagai penyakit seperti gout, kencing manis, sakit sendi dan sebagainya termasuk kanser.

Ini diakui oleh seorang doktor bernama Dr.Mona Harrison MD pengarah Majlis Air Antarabangsa mengatakan sel kanser mati dalam air beralkali, virus dan agen jangkitan lain tidak boleh hidup di persekitaran alkali dan air beralkali baik untuk insomnia dan Colic.

Sel yang sihat akan bersifat alkali dan sel yang rosak atau tidak sihat bersifat asid.


MENGAPA MEMILIH PRODUK PENAPIS AIR DEW ?

Ini diakui oleh seorang doktor bernama Dr.Mona Harrison MD pengarah Majlis Air Antarabangsa mengatakan sel kenser mati dalam air beralkali, virus dan agen jangkitan lain tidak boleh hidup di persekitaran alkali dan air beralkali baik untuk insomnia dan Colic. Sel yang sihat akan bersifat alkali dan sel yang rosak atau tidak sihat bersifat asid.

Apa yang menjadi masalah ialah harga tunai di pasaran Penapis Air terlalu tinggi sehingga mencapai RM2,000.00 harga tunai dan kos penyelengaraan yang mahal berbanding penapis Dew yang lebih murah dan berkualiti tinggi.

….Dew WATER berupaya memulihkan penyakit migrain, darah tinggi, kencing manis, gout, gastrik, buasir, batu karang, kanser payudara, kanser pangkal rahim, hepatitis A, hepatitis C, lelah, sakit urat, masalah mental, mengurangkan masalah syndrom down dan berbagai penyakit lagi…

Harga Pengguna:
Semenanjung Malaysia : RM 900
Sabah & Sarawak : RM 1000

Harga Pengedar HPA:
Semenanjung Malaysia : RM 750
Sabah & Sarawak : RM 850

Nilai Mata (NM) : 100


Sumber: Rangkaian DuniaHerbaHPA

Monday, November 15, 2010

Minuman Talbinah


Pengenalan

Talbinah ialah sejenis minuman yang dibuat daripada biji Syaeer (Hordeum Valgare) bersama kulitnya, ia dicampur dengan susu dan madu lebah asli untuk menambahkan rasa manis. Minuman ini dinamakan Talbinah kerana warnanya seperti warna susu. Ia digunakan sebagai pemakanan tambahan dan juga sebagai rawatan alternatif pelbagai penyakit kronik masa kini yang sukar dirawati melalui kaedah moden.

Kandungan Nutrisi Talbinah

Talbinah mengandungi bahan-bahan seperti : B Glucane yang berfungsi menurunkan kadar kolesterol dalam darah, Vitamin E yang boleh melemahkan enzim-enzim yang mensintesis kolesterol , mengandungi Potasium yang berfungsi menurunkan tekanan darah, mengandungi Melatonin yang berfungsi menurunkan kolesterol, menurunkan tekanan darah, mengubati Parkinson, meningkatkan ketahanan tubuh, mengubati gangguan tidur, mengubati kanser dan mengubati kemurungan.

Ia juga mengandungi Lysine yang berfungsi membangun kesihatan tubuh, Mineral-mineral yang berfungsi membangunkan kesihatan tubuh, mencergaskan sistem ketahanan tubuh dan mengawal pengeluaran hormon dari kelenjar-kelenjar. Selain itu ia juga mengandungi serat (fiber), vitamin-vitamin A,C ,D,E dan B Complex serta bahan-bahan lain yang diperlukan oleh tubuh badan manusia.

Khasiat Talbinah

Oleh kerana Talbinah mengandungi bahan-bahan yang sangat baik untuk kesihatan dan sangat banyak faedahnya, maka Rasulullah SAW telah mengesyorkan penggunaan Talbinah untuk mengatasi pelbagai jenis penyakit, samada berkaitan dengan fizikal mahupun kejiwaan, diantaranya ialah :

1) Menenangkan Hati Pesakit

Talbinah ialah minuman yang berkhasiat, sifatnya yang lembut dan mudah dihadam. Ia sangat baik untuk menenangkan hati pesakit. Talbinah juga sangat baik untuk diminum oleh pesakit yang baru sembuh dari penyakit, iaitu ketika pesakit masih berada dalam keadaan diantara sakit dan sembuh (an naqahah). Dalam satu riwayat dari Imam Ahmad yang bermaksud : Aisyah RA telah berkata “Adalah Nabi Saw apabila diberitahu kepadanya bahawa seseorang telah sakit dan tidak memakan makanan, lalu bersabda Rasulullah SAW “Hendaklah kamu menyediakan Talbinah dan berilah minum Talbinah itu kepadanya (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad )

Di dalam satu hadis riwayat Tarmizi katanya : Adalah nabi SAW apabila ahli rumahnya ditimpa sakit, baginda SAW memerintah supaya dibawa minuman dari Syaeer lalu dibuat untuk mereka (riwayat Tarmizi dan beliau berkata hadis ini adalah Hasan lagi Soheh).

2) Membantu Menghilangkan Kesedihan dan Kemurungan ( Depression )

Terdapat satu hadis bahawa Rasulullah SAW telah mengesyorkan penggunaan Talbinah bagi mereka yang ditimpa musibah. Diriwayatkan bahawa Aisyah RA apabila berlaku kematian dikalangan ahli keluarganya, ia meminta supaya dibawa Talbinah lalu dimasak, kemudian disediakan roti dari Syaeer (tharid) lalu dituangkan Talbinah ke atas tharid tersebut, lalu ia berkata kepada perempuan-perempuan yang hadir : makanlah roti ini kerana saya mendengar Rasulullah SAW bersabda :

Maksudnya: “Talbinah dapat menenangkan hati pesakit, ia dapat meringankan kesedihan” (riwayat Bukhari dan Muslim).

Dan Nabi SAW bersabda tentang Talbinah ini, maksudnya :

“Sesungguhnya Talbinah dapat menguatkan hati orang yang ditimpa kesedihan dan membersihkan hati pesakit, sebagaimana seorang kamu membersihkan kotoran dari mukanya”.

Diantara bahan yang dapat melawan penyakit kemurungan (depression) yang terdapat didalam Talbinah adalah seperti Asid Amino, Minerals, Vitamin B dan Anti Oksidan.

3) Merawat Penyakit Pada Sistem Penghadaman

Talbinah dapat menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya untuk menghadam serta menghilangkan kesakitan. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud :

“Hendaklah kamu menggunakan suatu yang tidak disukai tetapi berfaedah iaitu Talbinah, Demi nyawaku yang berada didalam kekuasaan Allah, sesungguhnya ia (Talbinah) pasti menyucikan perut seorang kamu sebagaimana dia menyucikan kotoran dari mukanya” (riwayat Ibn Majah dan disahihkan oleh Hakim dan disepakati oleh Al Zahabi )

Rasulullah telah menamakan Talbinah dalam hadis di atas dengan suatu yang tidak disukai kerana kebanyakan orang tidak suka memakannya kerana rasanya yang tidak sedap. Talbinah dapat membantu merawat penyakit pada sistem penghadaman seperti penyakit sembelit yang lama, mengawal dari kanser usus, mengawal dari penyakit Celiac Disease (iaitu penyakit yang menghalang fungsi saluran-saluran kecil di dalam perut daripada menyerap lemak-lemak, vitamin-vitamin dan zat-zat yang diperlukan oleh tubuh) dan merawat kegemukan serta merawat penyakit-penyakit merbahaya yang lahir dari kegemukan.

4) Membantu Mengurangkan Kolesterol Dalam Darah

Kolestrol bergerak dalam darah melalui sistem pengangkutan tubuh yang dinamakan protein-protein lemak (Lipoproteins). Peranan kolesterol yang paling penting ialah mengangkut lemak di dalam saluran darah ke semua destinasi tubuh, kerana lemak tidak boleh beredar dalam saluran darah dengan sendiri. Kebiasaannya sistem pengangkutan ini berjalan lancar tetapi apabila terlalu banyak lemak dimakan, badan memerlukan lebih banyak kolesterol untuk mengerakkannya, maka kolesterol akan bertambah.

Lipoproteins terbahagi kepada dua jenis, iaitu LDL yang dikenali dengan kolesterol jahat kerana serpihannya senang melekat pada dinding saluran darah dan HDL yang dikenali sebagai kolesterol baik dimana ia berfungsi mencari dan menyelamatkan serpihan LDL yang terlekat pada dinding saluran darah dan membawanya balik ke hati lalu dikitar semula. Kajian-kajian yang dibuat menunjukkan bahawa Talbinah sangat berperanan mengurangkan kadar kolesterol jahat didalam darah manusia.

5) Talbinah Dapat Mengatasi Penyakit Darah Tinggi

Penyakit darah tinggi ialah keadaan dimana tekanan darah berlaku ke atas dinding saluran-saluran darah. Talbinah dapat mengatasi penyakit tersebut kerana ia kaya dengan Potasium yang berfungsi seimbangkan garam dan air dalam tubuh. Selain itu Talbinah berfungsi melancarkan air kencing yang dapat membebaskan tubuh daripada lebihan bahan cecair.

6) Talbinah Dapat Menurunkan Kadar Gula Dalam Darah

Talbinah kaya dengan serat (fiber) yang boleh larut dan fiber yang tidak boleh larut (Soluble Fibers & Insoluble) yang diperlukan oleh tubuh. Fiber-fiber tersebut mengawal kadar gula dan lemak dalam darah.

7) Mengawal Dari Penyakit Kanser Dan Melambatkan Penuaan (Awet Muda)

Oleh kerana Talbinah kaya dengan serat (fiber), antioksidan dan vitamin, maka ia boleh mengatasi masalah pergerakan oksigen yang bergerak secara bersendirian didalam tubuh yang boleh menjadi punca penyakit-penyakit kanser. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan doktor dari Universiti Waskingson di Amerika membuktikan bahawa Talbinah boleh mengatasi penyakit kanser tersebut. Selain itu kandungan vitamin A yang kaya dalam Talbinah juga membantu mengawal penyakit kanser daripada merebak.

8) Talbinah Dapat Mengatasi Penyakit Kesukaran Tidur (Insomnia)

Talbinah dapat membantu mengatasi penyakit kesukaran tidur kerana ia mengandungi hormon Prostaglofin, iaitu hormon yang menyebabkan tidur. Bila pengeluaran hormon ini berlaku secara semulajadi dalam tubuh, maka masalah kesukaran tidur tidak akan terjadi. Makanan berkhasiat seperti Talbinah baik untuk membantu mengaktifkan pengeluaran hormon Prostaglofin tersebut yang menghalang Insomnia.

9) Talbinah Menguatkan Sistem Ketahanan Tubuh
Talbinah memainkan peranan penting untuk mengatasi masalah pertembungan oksigen yang bergerak secara berasingan dalam tubuh dengan lemak-lemak yang tidak boleh di cerna pada dinding sel yang menyebabkan kerosakan sel-sel tubuh. Zarah-zarah Oksigen biasanya akan berpasangan dan apabila ia berasingan ia akan bergerak secara tidak menentu untuk mengejar pasangannya yang menyebabkan berlaku pertembungan.
Bahan anti-oksidan yang terdapat dalam Talbinah akan mengaktifkan sistem ketahanan tubuh untuk mengawal dinding-dinding sel bagi menentang kuman-kuman yang merosakkan nya. Zarah oksigen yang berasingan tersebut jika ia berkumpul pada dinding saluran darah ia boleh menyempitkan saluran darah dan jika ia berkumpul pada kulit ia boleh menyebabkan berlaku penuaan yang cepat dan mewujudkan kedutan pada kulit dan jika ia berkumpul di bahagian otak ia boleh melemahkan daya ingatan dan berkemungkinan akan menghilangkan daya ingatan tersebut. Kandungan vitamin A dan E yang banyak di dalam Talbinah dapat mengatasi masalah tersebut daripada berlaku.

Cara Penyediaan Talbinah

Masukkan satu pek Talbinah segera ke dalam secawan air panas yang telah mendidih ( 250 ml ), kemudian dikacau sehingga larut. Biarkan seketika supaya ia suam sebelum ianya diminum.

Talbinah segera juga sesuai dicampur ke dalam masakan seperti sup ayam/daging dan juga pelbagai masakan lain untuk menambahkan lagi khasiat pemakanan anda seharian.

Untuk mendapat kesan maksima Talbinah, disyorkan agar pengambilannya adalah sebanyak dua kali sehari, sewaktu perut anda masih kosong iaitu sebelum makan pagi dan makan malam. Ia sesuai sebagai hidangan untuk seisi keluarga samada dewasa mahupun kanak-kanak.

Minuman Talbinah Edaran HPA

Talbinah HPA (Fibroglucosamine) dirumus dengan formula Dr. Jamnul Azhar Mulkan mengandungi bahan-bahan seperti Gandum, Beras, Ekstrak Malt, Barli, Vitamin E, Madu, Kurma, Krimer Bukan Tenusu, Susu Tepung Skim Dan Gula.

FAKTA-FAKTA NUTRISI
SAIZ HIDANGAN: 25GM

AMAUN SATU HIDANGAN:
TENAGA – 97kcal/kcal
JUMLAH LEMAK – 0.5GM
KARBOHIDRAT – 21.8GM
JUMLAH GULA – 0.7GM
PROTEIN – 1.4GM

AMAUN SETIAP 100GM
TENAGA – 389kcal/kcal
JUMLAH LEMAK – 1.9GM
KARBOHIDRAT – 87.3GM
JUMLAH GULA – 2.7GM
PROTEIN – 5.7GM

Harga Pengguna:
Semenanjung Malaysia: RM 35
Sabah & Sarawak: RM 38

Harga Pengedar HPA:
Semenanjung Malaysia: RM 30
Sabah & Sarawak: RM 33

Nilai Mata (NM): 6

Sumber: duniaherbahpa.com

Radix Isotonic Plus


Radix Cola Sdn Bhd sekali lagi telah berjaya mengeluarkan produk terbaru yang dikenali sebagai Radix Isotonic Plus, diperkaya dengan Honey Lemon, sesuai diminum pada bila-bila masa, bagi mereka yang mengalami dehidrasi juga sesuai seperti selepas melakukan riadah atau pun memandu di tempat yang panas terik.

Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) serta ujian pemeriksaan makmal:

Radix Cola Sdn Bhd juga telah menjalankan ujian dan pemeriksaan makmal (lab test) sebanyak 5 kali sebelum mendapat keputusan untuk menghasilkan produk terbaru ini. Ianya merangkumi ujian dan pemeriksaan daripada segi:

Bahan mentah yang digunakan, grape fruit yang bersesuaian dan kepastian halal & toyyib (baik). Di antara bahan-bahan mentah yang lain yang digunakan ialah:

Gula, Dextrose Anhydrous, Citric Acid Crystalline, Sodium Chloride, Sodium Citrate, Vitamin C, Potassium Phosphate, Tricalcium Phosphate, Cloudy Agent, Grape Fruity Flavour Dan Sodium Benzoate.

Kandungan gula dalam bancuhan (10.5 brix).
Sukatan setiap bahan mentah yang digunakan perantaraan lab test tahap kepekatan, kemanisan dan tekanan gas CO2 adalah minimum.

Nutirisi dalam minuman ini untuk 100 ml:

Lemak 0%
Protein 0.4 gram
Karbohidrat 7.1 gram
Tenaga 31 kcal/ml
Jumlah Gula 5.4 gram

Dikeluarkan dalam 2 variasi iaitu 500ml dan 1.5 liter.

Radix Isotonik Plus 1500ml:

Harga Pengguna:
Semenanjung Malaysia: RM 3.30
Sabah & Sarawak: RM 3.80

Harga Pengedar HPA:
Semenanjung Malaysia: RM 2.90
Sabah & Sarawak: RM 3.50

Nilai Mata (NM): 1

Radix Isotonik Plus 500ml:

Harga Pengguna:
Semenanjung Malaysia: RM 2.50
Sabah & Sarawak: RM

Harga Pengedar HPA:
Semenanjung Malaysia: RM 2.00
Sabah & Sarawak: RM

Nilai Mata (NM): 0.3

Sumber: duniaherbahpa.com

Wednesday, October 20, 2010

Restoran Radix Fried Chicken (RFC) yang ke-8


Restoran Radix Fried Chicken (RFC) yang ke-8 di Jitra, Kedah telah dirasmikan pembukaannya pada bulan Ogos lalu. Alamat RFC Jitra:

No 1, Jalan Kubang Lembu
06000 Jitra
Kedah Darul Aman

No telefon: 04-9176717

Restoran RFC yang telah dibuka setakat ini:

1. Sungai Petani, Kedah
2. Laguna Merbok, Kedah
3. Alor Setar, Kedah
4. Kluang, Johor
5. Ayer Keroh, Melaka
6. Kubang Kerian, Kelantan
7. Kangar, Perlis

Thursday, October 14, 2010

Alkaradix Chlorophyll Drops


Apa itu Alkaradix Chlorophyll Drops (ACD)?

ACD ialah satu formulasi saintifik canggih menggunakan alkali konsentrasi tinggi dengan ekstrak chlorophyll untuk mengurangkan keasidan dalam badan.

Apakah fungsi ACD?

ACD membantu menyingkirkan keadaan berasid dalam badan. Ianya sangat berkesan meninggikan pH minuman ke tahap pH 8.5 ke atas untuk menurunkan asid.

Kenapa badan kita memerlukan air beralkali?

Makanan kita menghasilkan buangan berasid dalam badan yang menjadi punca utama penyakit kronik seperti kegemukan, tekanan darah tinggi, diabetes, sakit jantung, sakit sendi, penyakit kulit tegar dan juga kanser.

Bagaimana buangan berasid terbentuk dalam badan?

Dua perkara berlaku apabila kita makan. Sebahgain dari makanan yang dicernakan akan diserap oleh sel dan yang lain menjadi bahan buangan yang berasid. Jika buangan berasid ini tidak disingkirkan ianya akan merosakkan kesihatan.

Apakah akan terjadi jika badan anda berasid?

“Anda akan berpenyakit, lesu dan gemuk dan jika anda tidak gemuk anda akan mati. Apabila rezab alkali berkurangan dan anda terus membina keadaan berasid dalam badan, badan anda muka menarik galian alkali dari tulang, otot, sendi dan kartilej. Itulah sebabnya orang tua mengecut dan bongkok. Proses koreksi dalaman telah meruntuhkan struktur sendiri dengan mencuri garam galian daripada struktur badan untuk mengalkalikan badan yang berasid,” kata Dr Robert Young.

Bagaimana air alkali berfungsi dalam badan?

Air alkali tidak boleh mengalkalikan badan secara terus terutama sekali bahagian perut yang sangat berasid dengan pH 4.5. Hidroksid dalam air airkali hanya menaikkan pH pada tahap 0.1 ke pH 4.6 yang akan mengacah sel mengeluarkan asid hidroklorik untuk mengekalkan pH asal 4.5.

Apakah yang seterusnya terjadi?

Asid hidroklorik yang baru dihasilkan bertindak dengan hidroksid alkali dan asid karbonik dengan terhasilnya bikarbonit yang menyerap dan mengalir dalam darah membekal benteng alkali dan mengelak darah berasid.

Kenapa benteng alkali penting untuk kesihatan?

Apabila darah berasid dineutralkan dengan minuman beralkali, sirkulasi darah meningkat dengan tidak perlunya ubat statin (pencair darah). Ini merupakan satu proses penyembuhan. ACD sangat berfaedah bagi tekanan darah tinggi untuk jangkamasa panjang.

Apakah diantara perkara positif yang berlaku jika bendalir /cecair badan beralkali?

“Bila anda beralkali anda cergas dan bertenaga. Apabila anda bertenaga, anda rasa lebih baik dan berfikiran cerdas. Anda mempunyai tenaga berterusan apabila anda beralkali. Manfaat positif badan beralkali ialah kesihatan yang baik, bertenaga, cergas, minda yang jelas dengan penuh vitality,” Dr Robert Young.

Adakah ACD membantu meningkatkan tahap keberadaan oksigen untuk sel?

Ya. Air alkali mempunyai lebih oksigen dengan adanya oksigen yang berpaut dengan hydrogen dalam bentuk OH- . Meminum air beralkali dari ACD meningkatkan nilai purata oksigen dalam darah. Itulah sebabnya ibu mengandung yang mengalami muntah-muntah dan pendaki gunung mendapat manfaat dari air alkali.

Apakah padahnya jika sel anda kekurangan oksigen?

Jika sel mendapat kurang dari 60% oksigen yang diperlukan, ia bertukar menjadi kanser.

Apakah tanda keasidan dalaman?

Timbunan asid lemak menjadikan anda gemuk, pembentukan kolesterol berakhir dengan sakit jantung dan keasidan merangsang pembentukan batu karang hempedu dan buah pinggang/ ginjal. Ketiga-tiga ini adalah contoh bagaimana buangan berasid diubah menjadi ketulan/pepejal supaya tiada cecair berasid masuk kedalam darah anda.

Apakah diantara penyakit akibat dari keadaan berasid dalam badan?

Cengkung mata/mendalam, atritis reumatoid, tekanan darah tinggi, sirkulasi darah dijantung lemah,insomnia, migrain, kegemukan, susah menelan, batu karang, cepat tua, kekurangan daya seks.

Siapakah yang memerlukan ACD?

Semua peringkat umur kecuali kanak-kanak bawah 6 tahun kerana mereka tidak berasid. Kebanyakan orang dewasa mempunyai buangan berasid dalaman. Hanya sedikit sahaja keasidan membawa padah, lebih lagi jika dibiarkan berterusan. ACD membantu mengurangkan keadaan berasid jika diamalkan setiap hari.

Bolehkah orang yang berlebihan berat badan manfaat dari ACD?

Kegemukan, seperti kencing manis atau kanser tidak terjadi dalam sehari. Ia menjelma sedikit demi sedikit sehingga menjadi parah. ACD menghalang timbunan lemak berlebihan dengan membuang punca timbunan lemak. Jadi lama kelamaan pengguna ACD semakin lebih sihat dan segar dengan berat badan menurun.

Adakah ACD bermanfaat bagi penghidap diabetes?

Karbohidrat yang terlalu diproses yang dimakan seperti nasi, mee, pizza atau kuih-muih dan lain-lain menjadi glukos dalam darah. Glukos berlebihan disimpan sebagai lemak dalam sel menjadikan seseorang gemuk dan mempunyai gula dalam darah. Air alkali yang terhasil oleh ACD mengurangkan buangan asid dan menurunkan timbunan gula. Oleh itu ACD membantu meredakan diabetes.

Adakah ACD baik untuk pesakit kanser?

Sel kanser sangat sukakan kondisi berasid dan tahap oksigen yang rendah. ACD meningkatkan alkali atau mengurangkan buangan berasid sambil meningkatkan tahap oksigen. ACD sudah pasti musuh kepada kanser dan baik untuk penghidap kanser.

Bolehkah faedah mengambil ACD dinikmati segera?

ACD bukanlah ubat seperti Panadol melegakan sakit kepala dengan cepat. Semua penyakit kronik terjadi sedikit demi sedikit dalam masa yang lama. ACD berkesan meredakan penyakit kronik dengan menurunkan kadar buangan berasid dalam badan yang menjadi salah satu punca penyakit kronik. Teruskan memakan ubat dan suplimen anda dan ACD akan membantu usaha menjadi lebih berkesan dan mujarab, Insyallah.

Apakah kesan sampingan menggunakan ACD?

Sejak bertahun air alkali konsentrasi tinggi digunakan untuk membuang asid. Belum pernah ada terdapat kesan sampingan seperti yang berlaku kepada ubat. Bagaimanapun, seperti pemakanan kesihatan yang mengubah keadaan dalaman yang menyebabkan, kemungkinan berlaku kesan penawar tetap ada dalam proses mengeluarkan penyakit. Tetapi kebanyakannya tidak lah berat hingga kesakitan.

Apakah krisis penyembuhan yang terjadi apabila ACD digunakan?

3 manfaat terdapat dalam menggunakan ACD:

1. Rehidrasi. Peningkatan kelembapan dalaman hasil dari sirkulasi cecair yang lebih baik menghilangkan kekeringan dalaman
2. Oksigenasi. Peningkatan keberadaan oksigen dalam sel dari ACD
3. Pengalkalian. Terjadinya buffer alkali dalam darah bagi mengelak keasidan yang membahayakan. Dalam proses pengurangan keasidan, detoksifikasi, dan pembinaan kesihatan hasil dari rehidrasi, oksigenasi dan pembuangan asid akan kadang-kadang terjadi kekeringan tekak, pening kepala, sembelit, kencing banyak, dan mungkin juga timbul gatal kulit dan sebagainya. Semua ini hanya sementara semasa proses pembetulan.

Bagaimana ACD digunakan?

1. Gunakan 1-2 titis dalam segelas minuman air, teh atau jus
2. Jika dicampur dalam botol, goncangkan botol dahulu
3. Jika ACD terkena kulit, basuh dengan air segera walaupun tak akan melecur
4. ACD boleh dibawa kemana-mana dan digunakan setiap kali anda meminum

Kapsul Sireh Plus


Kapsul Sireh Plus ialah herba yang banyak kegunaannya dalam rawatan. Ia sangat efektif untuk darah tinggi dan kencing manis kerana salah satu kelebihan sirih ialah menurunkan darah tinggi dan salah satu kelebihan mambu pula menurunkan kadar gula dalam darah. Asalnya herba ini digunakan untuk sebarang pembengkakan pada payu dara. Ini mengelakkan daripada berlakunya ketumbuhan yang Lenin serious seperti kanser.
Lebih 10 tahun herba ini dipasarkan melalui SLM dan kini pihak HPA perluaskan untuk pasaran MLM. Dos yang perlu diambil ialah 2×3 dan jika tidak berkesan boleh tambah dosnya itu.
60 biji kapsul per botol
Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 19
Sabah & Sarawak: RM 25
Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 17
Sabah & Sarawak: RM 22
Nilai Mata (NM): 7

Friday, September 24, 2010

Isu Sendal Crocs

Sempena hari lebaran yang mulia kini, saya lihat macam satu trend baru tak kira golongan muda atau golongan bapak pakai sendal Crocs. Sungguh propular jenama ni. Tak dinafikan design sendal ni unik, simple sungguh genius pengusaha ni. Bagi sendal Crocs model terkini saya agak ragu kerana logo di letak kat bawah tapak kaki. Adakah ianya disengajakan.

Cuba teliti betul-betul lambang Crocs bawah tapak kaki seperti dibawah:








Adakah ianya direka secara kebetulan atau memang mereka ada niat lain. Bagi yang dah terbeli sendal ini sila musnahkan logo ini agar tidak sempurna bentuknya. Bagi yang berhasrat nak miliki sendal ini baik kita padam saja niat tersebut. Moga setiap perkara yang kita pakai dan guna memberi manfaat dan tidak di cela Allah.



Sumber : stokishpatgmalim

Saturday, May 22, 2010

Tip 51


Melawan ataupun menghindari tekanan tidak mungkin dapat dilakukan. Kita hanya dapat mengawalnya dengan tujuan menjaga keseimbangan hormon, memastikan keutuhan sistem imun dan menormalkan nisbah metabolisme. Melalui pengawalan kortisol, kandungan gula di dalam darah dapat dikawal. Seterusnya, kadar metabolisme yang normal memberikan kesempatan kepada tubuh bagi mencergaskan semula organ-organ utama seperti jantung, buah pinggang, paru-paru, hati dan perut.

Sumber: Dr Mohammad Ali Toha

Friday, May 21, 2010

Tip 50


Dunia Islam dan dunia barat mempunyai pandangan yang berbeza mengenai penyakit. Bagi Islam, penyakit adalah kurniaan yang diberikan Allah kepada hamba yang dicintainya. Nabi berkata, "Allah tidak menimpakan musibah ke atas orang mukmin melainkan kerana salah satu daripada 2 perkara: mungkin dia mempunyai dosa yang tidak dapat diampunkan kecuali dengan cubaan itu. Kedua, dengan ujian itu darjatnya di sisi Allah dinaikkan." Dosa orang yang ikhlas menerima penyakit yang ditimpakan ke atasnya pula digugurkan, selain sikap sabar itu juga mempunyai nilai pahala yang besar.

Sumber: Dr Mohammad Ali Toha

Thursday, May 20, 2010

Tip 49


Semua orang tahu betapa sukarnya menurunkan berat badan Saudara dapat melakukannya dengan mengambil kira lima perkara, iaitu menguruskan tekanan, tidak makan secara berlebihan, memastikan pemakanan seimbang, memanfaatkan makanan kesihatan dengan betul dan selalu menilai program diet saudara.

Sumber: Dr Mohammad Ali Toha

Wednesday, May 19, 2010

Tip 48


Tekanan dapat dikawal dengan bersolat secara hudhur. Apabila kita belum mampu bersolat secara hudhur, maka tekanan dapat juga diuruskan menggunakan terapi aroma. pilihlah pati bunga lavender kerana aromanya dapat merehatkan minda. Sebaik-baiknya, gunakanlah pati bunga lavender selepas solat Isyak. Selain dapat menenangkan fikiran, aroma lavender juga menyebabkan kita mengantuk.

Sumber: Dr Mohammad Ali Toha

Tuesday, May 18, 2010

Tip 47


Petua hidup sihat tampa ubat adalah dengan mendapatkan tidur yang mencukupi sekitar 6.5 jam sehari. Mengikut sunah nabi, elok bagi kita tidur dengan menghadap ke kanan. Selain itu, bersenamlah sebanyak 3 kali seminggu. Setiap senaman perlu dilakukan antara 20 hingga 40 minit. Menghirup udara segar pada wqaktu pagi dapat memperbaiki pernafasan kita. Tekanan pula dapat dikawal dengan berserah diri kepada Allah.

Sumber: Dr Mohammad Ali Toha

Friday, May 14, 2010

Tip 44


Sikap mukmin kepada Tuhannya adalah menyeimbangkan antara perasaan harap dan takut. Mukmin mengharapkan rahmat dan pertolongan Allah. Ini kerana Allah berkata,"Sesungguhnya rahmatku lebih luas daripada segalanya".

Sumber: Dr Mohammad Ali Toha

Thursday, May 13, 2010

Tip 43


Aisyah merekodkan cara tidur nabi yang baik dan menyihatkan adalah tidur cepat dan bangun cepat. Tidurlah selepas Isyak iaitu 2 jam sesudah makan. Kemudian bangunlah bagi bertahajud hingga masuk waktu solat subuh. Selepas solat subuh, kita sebaik-baiknya tidak tidur tetapi berzikir dan membaca Quran hingga matahari terbit. Antara kebaikan amalan ini adalah badan yang segar, jantung yang lebih sihat dan awet muda.

Sumber: Dr Mohammad Ali Toha