Friday, April 30, 2010

Tip 35


Makanan peringkat metabolisme keempat adalah makanan yang dapat menghentikan fungsi tubuh. Makanan yang termasuk dalam kategori ini adalah toksik dan sebahagian ubat berasaskan kimia. Ubat berasaskan kimia adalah bahan yang dapay memberikan tekanan kepada fungsui-fungsi di dalam tubuh. Terdapat beberapa jenis herba yang tergolong dalam kategori toksik. Jadi, ia hanya boleh digunakan di bawah pengawasan doktor ataupun ahli perubatan yang menguasai perubatan herba. Contoh makanan peringkat metabolisme keempat ialah kunyit putih, keladi tikus, kemunting cina, pegaga, ubi kayu dan benalu.

Sumber: Dr Mohammad Ali Toha

Tuesday, April 27, 2010

Tip 34


Makanan peringkat metabolisme ketiga memiliki ciri tidak dipengaruhi tubuh. Semua ubat termasuk dalam kategori ini. Jadi, kita perlu berhati-hati apabila memakan makanan dalam kategori ini. Memakan makanan dalam kategori ini secara berterusan boleh menyebabkan tekanan kepada fungsi-fungsi di dalam tubuh. Oleh itu ubat tradisional sekalipun mempunyai dos dan tempoh penggunaan yang tetap. Contoh makanan dalam kategori ini ialah jintan hitam, kayu manis, kunyit, hempedu bumi dan bawang putih.

Sumber: Dr Mohammad Ali Toha

Monday, April 26, 2010

Tip 33


Makanan peringkat metabolisme kedua menyebabkan perubahan metabolisme tubuh tetapi akhirnya dapat dikuasai oleh tubuh. Semua nutrine termasuk dalam kategori ini. Dari segi jasmani, selepas makanan peringkat kedua ini dimakan, kesanya memang terasa. Contohnya, badan berasa panas. Nutrien tidak digunakan sebagai ubat tetapi sebagai cara awal menangani masalah kesihatan. Contoh makanan peringkat kedua adalah kurma, kacang walnut dan bijan.

Sumber: Dr Mohammad Ali Toha

Friday, April 23, 2010

Tip 32











Dalam perubatan Islami, sifat makanan dibahagikan kepada dua iaitu panas dan sejuk. Dalam bukunya Al-Qaanun fiththiib, Ibnu Sina membahagikan metabolisme makanan panas ataupun sejuk kepada empat peringkat, iaitu peringkat pertama, peringkat kedua, peringkat ketiga dan peringkat keempat. Makanan yang diategorikan peringkat pertama adalah makanan yang mempengaruhi jasmani tetapi tidak jelas ataupun kesannya langsung tidak dirasai.

Sumber: Dr Mohammad Ali Toha

Thursday, April 22, 2010

Tip 31


Tip 31
Salah satu kunci kesihatan adalah bersangka baik kepada Allah, kerana ia menghasilkan banyak kebaikan. Berfikiran optimis yang penyembuhan akan tiba adalah sangka baik mukmin kepada Allah. Quran mengingatkan kita sebanyak lima kali supaya tidak berputus asa dengan rahmat Allah.

Sumber: Dr Mohammad Ali Toha

Wednesday, April 21, 2010

Tip 30


Hadis Nabi yang berikut bersifat begitu optimistik, "Semua penyakit ada ubatnya." Hadis ini memberi semangat kepada mereka yang sakit bagi terus berubat. Ia juga memberikan semangat kepada pengamal perubatan bagi mengkaji dan menghasilkan ubat-ubat baru. Selepas 15 abad, barulah para doktor mengakui jalur fikiran... bercorak optimistik dapat membantu menyembuhkan penyakit.

Sumber: Dr Mohammad Ali Toha