Friday, January 14, 2011
Herba Pegaga
Pokok Pegaga atau juga dikenali sebagai pokok antanan (bahasa Inggeris: pennywort) adalah sejenis pokok ulam yang terdapat Malaysia serta di negara-negara ASEAN. Nama botaninya Centella asiatica.
Terdapat pelbagai jenis pegaga di Malaysia seperti:
1. Pegaga cina atau pegaga nyonya yang berdaun kecil,
2. Pokok Pegaga Daun Lebar,
3. Pegaga Embun - Hydrocotyle sibthorpiodes
4. Pokok Pegaga Kelantan,
5. Pokok Pegaga Renek
6. Pokok Pegaga Salad
7. Pokok Pegaga Gajah
8. Pokok Pegaga Brunei
Pegaga tumbuh di kawasan tropika yang terbuka dan tumbuh melata di padang rumput, kebun, ladang, tepi jalan dan sebagainya. Di Indonesia, jenis-jenis pegaga yang ada adalah daun kaki kuda, tikusan, pani gowang, pegagan.
Khasiat
Pegaga kaya dengan pelbagai zat makanan seperti protein, gentian, zat besi, vitamin A dan C. Amalan memakan daun pegaga dipercayai boleh mengekalkan awet muda serta mengelakkan masalah kegemukan.
Pegaga banyak terjual di pasar terutamanya di pasar tani dan sering dimakan sebagai ulam. Daun pegaga juga boleh dibuat tonik untuk menyihatkan badan dan mengurangkan panas badan.
Di India, pegaga diguna dalam perubatan tradisional sebagai tonik yang dapat menguatkan daya ingatan dan mengubat penyakit nyanyuk. Dalam perubatan tradisional Cina, pegaga digunakan untuk antaranya untuk mengubati selsema, sakit kuning dan penawar untuk keracunan cendawan dan gigitan ular.[1]
Antara khasiat lain pegaga adalah:
* penawar alahan
* anti kanser
* melawaskan air kencing
* penawar batu karang
* penawar kencing berdarah
* penawar ulser
* merangsang peredaran darah
* merawat cirit birit
* menurunkan tekanan darah
Sumber: wikipedia
Ulasan saya, maha suci Allah telah menumbuhkan tumbuhan pegaga yang berkhasiat ini di bumi bertuah Malaysia, kerana tumbuhan ini amat mudah di jumpa di kawasan sekitar rumah kita mahupun di pasar-pasar kita.
Bersyukur juga kita kerana tumbuhan pegaga ini merupakan salah satu tumbuhan yang di pattern kan oleh kita, alhamdulillah.
Sesungguhnya tumbuhan pegaga ini amat banyak sekali khasiatnya jika di teliti dari sumber wiki di atas, malah para herbalis sependapat bahawasanya pegaga ini punya khasiat perubatan yang tinggi malah di galakkan umum menggunakan bagi tujuan kesihatan.
Disamping menggunakan tubuhan pegaga ini secara alami malah sekarang ini banyak terdapat produk yang di hasilkan dari tumbuhan ini antaranya Minuman herba atau Teh Herba.
Saturday, January 1, 2011
Happy holiday
Subscribe to:
Posts (Atom)