Monday, March 15, 2010

Ubat Batuk Alternatif


Apabila anda batuk yang teruk jangan sekali-kali memakan buah anggur kerana batuknya akan menjadi semakin parah. Bagitu juga dengan buah mempelam/mangga atau timun yang boleh menyebabkan batuk berterusan. Walaupun buah-buahan ini termasuk dalam kelompok sejuk tetapi ia tidak mengurangi masalah batuk. Getah anggur pula sangat baik untuk batuk disamping pengambilanya disinergikan dengan biji selasih,kurma merah,halwa kundur dan lain lain lagi.

Batuk dapat di legakan dengan madu yang dicampur halia merah(bukan halia bara). Ini terdapat dalam produk MADULIA tetapi jika pengambilan herba ini tidak berapa efektif, ia perlu di ambil dengan perahan limau/jeruk(ind) nipis bersamanya. Perahkan separuh limau nipis kedalam satu senduk MADULIA dan minum terus (jangan campur air) selepas beberapa minit barulah minum air jika mahu.

Pengambilan MADULIA ini sebenarnya diambil sedikit-dikit tetapi kerap dilakukan mungkin lebih dari 10 kali sehari (1/3 sudu makan/setiap kali pengambilan) Kerap dengan sedikit-dikit lebih baik dari banyak sekali gus, itulah kaedah perawatan batuk. InsyaAllah.


Sumber:duniaherbahpa.com/2008/08/madulia-ubat-batuk

Tips Merawat Radang Paru-Paru


Radang Paru-paru memerlukan pengubatan yang khusus namun bagitu produk baru yang akan kita keluarkan ialah jeruk portulaca atau pokok beremi.Banyak kes pada masa dahulu orang yang kena radang paru-paru sembuh dengan memakan pokok beremi ini.Seperti yang saya tuliskan terdahulu serai juga sangat baik untuk tujuan ini.
Kalau dalam perubatan jawi kita akan memberikan Shark Cartilage Plus,Spirulina dan Pelawas pada pesakit radang paru-paru disamping menggunakan ubat periuk yang terdiri dari 4 jenis herba iaitu:-
1. pokok halban - 100 gm
2. Pokok Keriang - 100gm
3. Pokok serai - 100gm
4. Jadam sebesar ibu jari tangan pesakit.

InsyaAllah akan sembuh dengan IzinAllah

Sumber: http://www.hpa.my


Apakah punca diserang penyakit paru-paru


Allah berfirman dalam surah Muhammad, ayat 38, "Ingatlah, kamu diseru supaya menderma dan membelanjakan sedikit harta benda di jalan Allah. Tetapi ada antara kamu yang berlaku bakhil. Sesiapa yang bakhil, sesungguhnya dia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri. Ingatlah Allah itu maha Kaya sedangkan kamu semua orang miskin. Apabila kamu berpaling daripada beriman, bertakwa dan menderma, dia menggantikan kamu dengan kaum lain yang tidak lagi berkeadaan seperti kamu"

Punca kebakhilan adalah mencintai dunia secara berlebihan, takut miskin dan hati yang selalu runsing dan tidak bahagia. Akibatnya diri mudah diserang gangguan seperti nyanyuk dan sukar tidur. Kesedihan yang berpanjangan menyebabkan kita mudah diserang penyakit paru-paru.

Sumber: Dr Mohammad Ali Toha

Sunday, March 14, 2010

Kaedah Penyembuhan Pintar



Kaedah ini di yakini bagi menjalani hidup yang sihat dan menyembuhkan penyakit, beberapaaspek perlu diberikan perhatian:
  1. Menjaga pemakanan
  2. Mengoptimumkan ibadah
  3. Berdoa
  4. Memanfaatkan ubat yang diambil daripada ramuan nabi
  5. Menambah baik persekitaran
  6. Menyusun langkah bagi menyembuhkan pesakit
  7. Menyusun langkah bagi meningkatkan kualiti hidup termasuklah program pencegahan dan penyembuhan penuaan sebelum masa dan penyakit degeneratif
  8. Menyempurnakan kesejahteraan hidup dalam konteks yang lebih luas bagi mencapai kebahagiaan sejati


Sumber: Dr Mohammad Ali Toha

Friday, March 12, 2010

Aspek penting Kesihatan Islami



Aspek-aspek kesihatan Islami, seseorang itu hendaklah menyakini:
  1. Allah adalah tuhan sekalian alam.
  2. Allah melebihi segala sesuatu.
  3. Allah mencipta dan mengatur perjalanan sistem.
  4. Quran sebagai panduan hidup.
  5. Manusia adalah khalifah atau wakil Tuhan di muka bumi.
  6. Penyakit, rasa sakit dan kesihatan dalam kekuasaan Allah.
  7. Allah mendatangkan penyakit dan menghilangkannya.
  8. Allah memberikan rezeki termasuk kesihatan kepada sesiapa yang dikehendakinya.
  9. Nabi menonjolkan cara hidup sihat dan memerintahkan kita supaya berubat apabila sakit.
  10. Memupuk semangat al-muthmainnah supaya selamat di dunia dan akhirat.
Sumber: Dr Mohammad Ali Toha